yang ni Mat Nor bin salim rakan sekolah aku. Dahulu kerja di Syarikat Jelai Paya Bungor sebagai pencuci gigi buaya, lepas tu kerja di MDM dan Alam Flora, tapi sekarang dah jadi Kontraktor kelas F yang berjaya Nama syarikatnya UMKB Enterprise, dia juga selalu datang ke litar jika ada masa lapang, katanya nak beli motor juga tapi tak tahu bila.
nama samaran awang kerja di MDM, dia telah menyediakan gerai untuk kami makan dan minum setelah memanaskan litar setiap petang, dia ni memang pandai memasak masakan panas, harga pon murah dan berpatutan, nak Hutang pon blh juga tapi esok bayarlah. kalau tidak macam mana usahawan melayu nak hiduppppp.
Namanya Roselley Bin Abu Amin, berasal dari kg Senggora, bekerja dengan syarikat Alam Flora S/B, beliau seorang yang tegas dan jujur serta amanah pada tugas yang di berikan. Tugas yang di berikanan semasa karnival Motocross pada 01/02/2009 sebagai AJK Keselamatan Litar dan di luar Litar. Beliau telah digandingkan dengan En. Rosdi Bin Hj Husain yang sememangnya tegas, bekerja dengan Majlis Daerah Maran.
KARNIVAL MOTOCROSS TERTUTUP & JEMPUTAN
LITAR MOTOCROSS SG. TEKOH, KG. SENGGORA
TARIKH : 01.02.2009
MASA : 8.00 PG HINGGA 6.00 PTG
TEMPAT : LITAR MOTOCROSS SG. TEKOH, KG. SENGGORA, MARAN
KATEGORI : 1. CUP CROSS 2. CLASSICS 3. CROSS 4. OPEN ENDURANCE
MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYAKSIKANYA !!!!!
KARNIVAL SUKAN MOTOCROSS TERTUTUP & JEMPUTAN
LITAR MOTOCROSS SG.TEKOH, KG. SENGGORA MARAN.
Assalamualaikum w.r.t…
Tuan-tuan dijemput hadir ke majlis doa selamat dan solat hajat semperna karnival sukan motocross seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 29 januari 2009 (khamis)
Masa : 7.15 petang (sebelum solat margrid)
Tempat : masjid kg senggora, maran
Marilah kita bersama hadir beramai-ramai ke majlis tersebut !!!!!
wassalam