DARWISH

Posted by Mohd Sapendi on 6:26 PM comments (0)


Namanya Darwish , anak kepada pemilik litar umur baru 6 tahun, bercita-cita nak jadi pemain motorcross. dia juga ada motorcross warna biru.

BAKAL PELUMBA DI MASA HADAPAN

Posted by Mohd Sapendi on 6:16 PM comments (0)

Apix, anak kepada Bar. dia ni memang hebat dan berani melompat, umur baru 12 Tahun.

Posted by Mohd Sapendi on 7:13 AM comments (0)


Baju merah ialah Mohd Sabari, orang kg panggil bar, pemandu JCB di syarikat kenanga eksklusif s/b. dia juga ada motorcross dan kaki terjah bukit. tugas beliau akan memastikan jalan litar dalam keadaan memuaskan.
(Gambar semasa kami ke air terjun jerangkam bersama dengan kelab motor lasak maran)

BRADER AWANG MAHAT

Posted by Mohd Sapendi on 7:01 AM comments (1)

dengan menggunakan Y 100 serta bakat yang hebat semua bukit, paya dan anak sungai di redah, kerja di JBA maran beliau juga banyak membantu kami. T.Q Awang

KERETA IDAMAN

Posted by Mohd Sapendi on 6:57 AM comments (0)


PERSIAPAN TERAKHIR

Posted by Mohd Sapendi on 6:49 AM comments (0)

dari kiri,

sam, wan gemuk dan hafis pekerja di kenanga eksklusif s/b, kerja2 membuat bendera. Taniah

BRADER SHAM

Posted by Mohd Sapendi on 6:44 AM comments (0)


Orang kuat litar Motocross Sg. Tekoh, jawatan dalam persatuan sebagai S U.

CUCI MOTOR

Posted by Mohd Sapendi on 11:57 PM comments (0)


Lepas main mesti rajin cuci motor, yang ni Mohamad Jamaizi tapi orang kampung panggil NIK, kaki melompat dan terjah bukit juga.

MR AFIZI JAGUH LITAR SG TEKOH

Posted by Mohd Sapendi on 7:53 PM comments (0)

Orang kampung panggil Fizi tauke balak, pekerjaan Tauke Lembu dan jual kayu, dia menggunakan motor dari jenis Yamaha, Y100. Jaguh di Litar Gayong

MERIAH !!!!!!!!!

Posted by Brader Sham on 6:59 PM comments (0)





Beginilah suasana petang di litar cross. minum sambil menonton.

Cup Cross

Posted by Brader Sham on 6:57 PM comments (0)

Sesi memanaskan litar pada setiap petang

AKSI DOUBLE JUMP

Posted by Brader Sham on 6:46 PM comments (0)



Beginilah aksi pelumba di dauble jump litar motocross Sg.Tekoh, Kg. Senggora

OTAI

Posted by Brader Sham on 5:58 PM comments (0)


Nama beliau ayob. Beliau memang hebat melompat dan terjah bukit. Beliau adalah bekas pemain motocross peringkat kebangsaan.

PENONTON

Posted by Brader Sham on 5:54 PM comments (0)


Sambutan penonton dan peminat motocross dari sekitar Kg Senggora dan dalam Daerah Maran setiap petang

BAKAT BARU

Posted by Brader Sham on 5:50 PM comments (0)


Nama beliau Mohd Basri Hussein. Memiliki motocross kawasaki 250F 4stroke.

BUKIT BANGKONG

Posted by Mohd Sapendi on 5:35 PM comments (0)

Acara yang di nantikan,

KARNIVAL

Posted by Mohd Sapendi on 5:33 PM comments (0)


UMKB Enterprise Mat Nor

Posted by Mohd Sapendi on 5:24 PM comments (0)



yang ni Mat Nor bin salim rakan sekolah aku. Dahulu kerja di Syarikat Jelai Paya Bungor sebagai pencuci gigi buaya, lepas tu kerja di MDM dan Alam Flora, tapi sekarang dah jadi Kontraktor kelas F yang berjaya Nama syarikatnya UMKB Enterprise, dia juga selalu datang ke litar jika ada masa lapang, katanya nak beli motor juga tapi tak tahu bila.

Posted by Mohd Sapendi on 5:11 PM comments (0)

nama samaran awang kerja di MDM, dia telah menyediakan gerai untuk kami makan dan minum setelah memanaskan litar setiap petang, dia ni memang pandai memasak masakan panas, harga pon murah dan berpatutan, nak Hutang pon blh juga tapi esok bayarlah. kalau tidak macam mana usahawan melayu nak hiduppppp.

AJK KESELAMATAN

Posted by Mohd Sapendi on 4:46 PM comments (0)

Namanya Roselley Bin Abu Amin, berasal dari kg Senggora, bekerja dengan syarikat Alam Flora S/B, beliau seorang yang tegas dan jujur serta amanah pada tugas yang di berikan. Tugas yang di berikanan semasa karnival Motocross pada 01/02/2009 sebagai AJK Keselamatan Litar dan di luar Litar. Beliau telah digandingkan dengan En. Rosdi Bin Hj Husain yang sememangnya tegas, bekerja dengan Majlis Daerah Maran.

Riadah

Posted by Brader Sham on 8:04 PM comments (1)



Aktiviti masuk hutan lipur jeramkang(airterjun) seramai 25 orang. Perjalanan mengambil masa 2 jam melalui jalan balak dan hutan belantara. Peserta dari Kg Senggora dan Bandar Maran.

HEBAT

Posted by Brader Sham on 7:55 PM comments (2)


Nama beliau Mohd Basek bin Hj Idris. Panggilan manje ' basek'. Memiliki cross YZ250 (no 25). Beliau kaki lompat dan terjah bukit....

Pak Seman

Posted by Mohd Sapendi on 7:37 PM comments (0)


Salam, baju melayu pink ni ialah Pak Seman, hobi nya sama macam kami juga tapi sayang usia dah lebih, tapi dia memang berminat dengan sukan Motocross. lepas solat asar dia pasti akan datang ke litar. Yang baju kuning tu orang kuat Litar namanya En Sams,

BILAL YANG HEBAT

Posted by Mohd Sapendi on 7:29 PM comments (0)



Yang ni Suhaidi orang kampung panggil BEDE beliau seorang Bilal di Masjid Kg Senggora, kerja di Majlis Daerah Maran, Umur 33 tahun, pelumba yang hebat juga, jawatan dalam litar sebagai jurutera jalan.

PELUMBA HEBAT

Posted by Mohd Sapendi on 7:20 PM comments (0)


Beliau baru berumur 6 tahun namanya Darwish, bakal jadi juara pada tahun 2020, bapa dia pon tidak kurang hebatnya di litar Sg Tekoh Sahaja. tabotan

ORANG KUAT LITAR MOTOCROSS SG. TEKOH, SENGGORA

Posted by Brader Sham on 5:42 PM comments (1)


Inilah pemilik Litar Motorcross Sg. Tekoh, Kg Senggora.
Beliau adalah seorang kontraktor yang berjaya. Litar tersebut dibina diatas tanah milik beliau seluas 12 ekar.
Terima kasih diucapkan kepada En Safendi bin Jaafar serta keluarga beliau.

CABARAN LITAR MOTOCROSS SG.TEKOH, SENGGORA

Posted by Brader Sham on 5:35 PM comments (1)


Kawasan berbukit yang memerlukan skill, tenaga dan motor yang power !!!!




CARNIVAL MOTOCROSS TERTUTUP DAN JEMPUTAN

Posted by Brader Sham on 7:28 PM comments (0)

KARNIVAL MOTOCROSS TERTUTUP & JEMPUTAN
LITAR MOTOCROSS SG. TEKOH, KG. SENGGORA
TARIKH : 01.02.2009
MASA : 8.00 PG HINGGA 6.00 PTG
TEMPAT : LITAR MOTOCROSS SG. TEKOH, KG. SENGGORA, MARAN

KATEGORI : 1. CUP CROSS 2. CLASSICS 3. CROSS 4. OPEN ENDURANCE

MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYAKSIKANYA !!!!!

MAJLIS DOA SELAMAT DAN SEMBAHYANG HAJAT

Posted by Brader Sham on 7:24 PM comments (0)

KARNIVAL SUKAN MOTOCROSS TERTUTUP & JEMPUTAN
LITAR MOTOCROSS SG.TEKOH, KG. SENGGORA MARAN.


Assalamualaikum w.r.t…

Tuan-tuan dijemput hadir ke majlis doa selamat dan solat hajat semperna karnival sukan motocross seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 januari 2009 (khamis)
Masa : 7.15 petang (sebelum solat margrid)
Tempat : masjid kg senggora, maran

Marilah kita bersama hadir beramai-ramai ke majlis tersebut !!!!!

wassalam

Posted by Mohd Sapendi on 8:13 AM comments (0)



sunat motor